Dakwah

Laman “DAKWAH” memaparkan kerja-kerja Dakwah di Jalan Allah yang Keluargaku cuba persembahkan kepada Allah swt untuk dinilai, diterima, diberkati, diganjari dan diredhai. Dakwah dan Fikrah adalah ruh Keluarga kami, bukan harta, kedudukan, kelulusan, gaji dan sebagainya seperti banyak kedapatan di dalam masyarakat yang materialistik.

Tanpa Dakwah dan Fikrah, Keluarga kami ibarat individu-individu yang masuk dan keluar rumah di Pulai Impian kerana untuk makan minum, tidur dan berehat semata-mata, tidak jauh perbezaan peranannya dari sarang burung atau sesetengah haiwan sebagai tempat bertelur, menetas, makan, terbang dan kembali setiap hari.

Dengan Dakwah dan Fikrah, “Keluargaku” adalah sepasukan pejuang yang memegang salah satu panji perjuangan Rasul-rasul terdahulu, rumah kami ibarat Markaz Arqam bin Abi Arqam di zaman Rasulullah saw, bertemu kerana Allah untuk menambah kekuatan ruhi dan aqli, dan berpisah kerana Allah untuk menyebarkan Fikrah dan Dakwah dalam masyarakat ke arah meninggikan Kalimah Allah di muka bumi ini.

Alangkah jauhnya perbezaan diantara 2 perbandingan tadi.

“Wahai Tuhan kami, kurniakan untuk kami dari kalangan isteri-isteri kami dan zuriat kami sebagai penyejuk mata kami. Jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa” (Al-Furqan).

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: