Keluarga Cina mohon maaf

Keluarga 4 remaja simbah surau cat mohon maaf
Oleh Ifwan Tun Tuah
ifwan@bharian.com.my
2010/08/27

PENGERUSI MCA Negeri Sembilan, Senator Datuk Dr Yeow Chai Thiam (empat dari kiri) dan Mohd Hasbi  (lima dari kiri) bermaafan dengan Cheng  (tiga dari kiri), Wong  (dua dari kiri)  Loh  (enam dari kiri) serta Leong  (tujuh dari kiri) di surau taman perumahan itu, semalam.

PENGERUSI MCA Negeri Sembilan, Senator Datuk Dr Yeow Chai Thiam (empat dari kiri) dan Mohd Hasbi (lima dari kiri) bermaafan dengan Cheng (tiga dari kiri), Wong (dua dari kiri) Loh (enam dari kiri) serta Leong (tujuh dari kiri) di surau taman perumahan itu, semalam.

Ibu bapa anggap perbuatan anak melampau, tak sensitif

SEREMBAN: Keluarga empat remaja yang ditahan berhubung kejadian surau Taman Pulai Impian, Sikamat di sini, yang disimbah cat merah dan dibaling botol arak Isnin lalu, memohon maaf kepada masyarakat Islam di atas perbuatan anak mereka.

Peniaga, Cheng Kok Foo, 38; tukang rumah, Wong Seow Wai, 43; mekanik, Loh Teck Ai, 53, dan suri rumah, Leong Foong Kuen, 53, menyifatkan perbuatan anak mereka sebagai melampau kerana tidak menghormati sensitiviti penduduk Islam taman itu.

Dua daripada mereka tinggal di taman itu, seorang dari taman perumahan berdekatan, manakala seorang lagi dari Rasah Jaya.

Mereka mendakwa hanya mengetahui perbuatan anak masing-masing selepas polis datang ke rumah dan menahan remaja berusia antara 16 hingga 18 tahun itu, malam Isnin lalu.

Cheng berkata, mereka dengan ikhlas meminta maaf kepada seluruh masyarakat Islam dan berharap anak mereka diberi peluang menyesali perbuatan itu.

“Kami tahu mereka sudah melakukan kesalahan besar dan sukar dimaafkan, tetapi kami berharap masyarakat di sini boleh memaafkan mereka,” katanya pada sidang media diaturkan MCA Negeri Sembilan di pekarangan surau itu, semalam.
Wong pula berkata, perbuatan anaknya mungkin berpunca akibat kurang didikan dan berjanji akan mengajarnya dengan lebih mendalam supaya menghormati orang lain, selepas ini.

Dalam kejadian Isnin lalu, sekumpulan jemaah yang masuk ke kawasan surau berkenaan kira-kira jam 5.50 pagi untuk solat Subuh, terperanjat apabila mendapati surau yang baru dibina itu disimbah cat merah dan dibaling botol arak.

Sementara itu, Pengerusi surau Taman Pulai Impian, Mohd Hasbi Ismail, 35, berkata pihaknya dengan hati terbuka menerima permohonan maaf itu dan berharap kejadian sama tidak berulang.

Beliau turut berharap remaja terbabit berubah sikap dan sentiasa menghormati sensitiviti kaum dan agama lain.

Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Datuk Dr Yeow Chai Thiam, berkata pihaknya turut kesal terhadap kejadian itu dan berharap permohonan maaf keluarga remaja terbabit dapat meredakan sebarang ketegangan yang timbul.

Beliau turut menjemput seluruh masyarakat taman perumahan berkenaan hadir pada majlis berbuka puasa anjuran MCA di pekarangan surau berkenaan petang ini.

Simbah cat: Keluarga mohon maaf

SEREMBAN 26 Ogos – Keluarga empat remaja yang ditahan berhubung kes menyimbah cat dan melempar botol arak di Surau Taman Pulai Impian, Sikamat dekat sini, hari ini tampil memohon maaf kepada masyarakat Islam atas perbuatan yang dilakukan oleh anak mereka itu.

Cheng Kok Foo, 38; Wong Seow Wei, 43; Loh Teck Ai, 53; dan Leong Foong Kuen, 53, yang merupakan ibu dan bapa kepada empat remaja itu mengakui perbuatan anak mereka adalah salah dan telah mengguris perasaan penduduk dan masyarakat Islam di seluruh negara.

Mereka hadir di kawasan surau berkenaan sambil ditemani Pengerusi MCA negeri, Senator Datuk Dr. Yeow Chai Thiam serta beberapa pemimpin masyarakat Cina setempat.

Hadir sama ialah Ketua UMNO Cawangan Panchor Jaya yang juga Penyelaras Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Arshad Jawi dan Pengerusi surau terbabit, Mohd. Hasbi Ismail.

Kok Foo yang merupakan seorang peniaga berkata, dia dengan ikhlas meminta maaf kepada seluruh penduduk dan umat Islam atas tindakan luar batasan anaknya itu yang dilihat keterlaluan.

”Anak saya sudah melakukan kesalahan yang amat sukar saya terima, begitu juga umat Islam. Ia adalah perbuatan yang tidak baik. Harap permohonan maaf ini dapat diterima,” katanya pada sidang akhbar di surau berkenaan dekat sini hari ini.

Seow Wei yang bekerja sendiri pula berkata, anaknya telah melakukan satu kesalahan besar.

”Mungkin saya kurang mengajar anak untuk menghormati orang lain dan tidak membuat kacau di kawasan tempat sembahyang. Maafkan kami,” katanya.

Sementara itu seorang mekanik, Teck Ai berkata, dia amat kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh anaknya sehingga telah mengguris perasaan umat Islam dan orang Melayu.

”Anak saya telah melakukan kesalahan yang amat besar. Kami mohon maaf dan berharap masyarakat dapat menerimanya,” katanya.

Seorang surirumah, Foong Kuen menjelaskan dia tampil memohon maaf hari ini bagi pihak dirinya dan anaknya yang masih ditahan reman berhubung kejadian itu.

”Saya sedar ini adalah kesalahan yang tidak boleh diterima dan anak saya telah melakukannya. Ia satu kesilapan besar. Saya juga merasakan kesalahan itu dalam diri saya sendiri. Maafkan kami semua,” ujarnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: