Australia

Australia mempunyai kedudukannya yang istimewa di dalam hati Baba dan Mama. Ini disebabkan, pada Baba ada banyak perkara diantaranya ialah :

  1. Ia adalah negara luar dan Barat yang pertama yang Baba diami dalam masa yang panjang (5 tahun), memahami perbezaan umat lalu memahami dengan lebih lagi peranan Rasul-rasul dan kita sendiri untuk mendidik umat sehingga mereka layak diberi bantuan oleh Allah untuk memimpin dan membimbing umat-umat yang lain. Dakwah dan perjuangan ini sebenarnya ialah perjuangan dan persaingan diantara umat, bukan sekadar dakwah kecil-kecilan yang terbatas.
  2. Baba dan Mama menimba ilmu yang tidak terperi banyaknya terutama ilmu kejuruteraan (Baba) dan sains kimia (Mama).
  3. Baba dan Mama terus dapat istiqamah walaupun di dalam suasana yang jauh dari Islamik, bahkan suasana kafir lebih tepat jika digambarkan. Diantara rahsianya selain dari petunjuk dan rahmat Allah swt ialah keikhlasan dalam amal dan dakwah, hidup secara berjemaah bersama ikhwah dan akhawat, melazimi masjid-masjid dan berkenal-kenalan dengan Muslim communities di sana.
  4. Baba dan Mama dipertemukan pada tahun 1984 sehingga membawa ke jinjang pelamin pada 25.7.1985 di Mt Gravatt Mosque, Nursery Park Road, Brisbane.
  5. Kali pertama Baba bergaul dengan orang-orang Arab dan kagum dengan ruh Islam yang mendalam yang ada dalam jiwa mereka.

Baba,

17.7.2011

Advertisements

2 Respons

  1. Cahaya mata & hati yang sulung juga lahir disana, di Royal Women Hospital, Queensland, Brisban šŸ™‚

    Moga menjadi qudwah & ummah seperti yang didoakan Mama & Baba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: