Merai 1 Syawal 2011M/1432H di Pulai Impian

Semua adik beradik saya duduk didepan kecuali saya (dibelakang hijau bersongkok) dan Kak Yang (didalam rumah).

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Taqabbalallah Minna wa Minkum. Kullu Aam wa Antum bi Khair. Pagi tadi Baba, Mama sekeluarga telah bersiap awal dan membawa Atok untuk solat Raya di Masjid Paroi Jaya, Seremban, NS. Paroi Jaya dipilih sebab ia dianggap taman perubahan (kampung) asal bagi Baba kerana dibesarkan disitu sejak kecil (1977) iaitu sejak darjah enam hingga Baba balik ke Malaysia dari Mesir (1998) dan mula menyewa rumah sendiri.

Ini keluarga saya. Kesemua 12 orang anak ada di Seremban. Dua orang yang tertua, Uswah dan Khairah beraya di Mesir.

Sebelum Solat Raya bermula, Baba sempat menghabiskan bungkusan makanan derma untuk orang miskin, kepada beberapa orang peminta sedekah yang duduk dipintu pagar Masjid Paroi Jaya. Kebetulan ada 6 bungkus yang masih berbaki dibelakang but kereta.

Sumbangan orang ramai semasa Ramadan dapat diserahkan kepada yang meminta sebelum Solat Raya.

Sebaiknya masyarakat menunjukkan simpati secara amali dan praktikal, kepada golongan yang  yang tidak bernasib baik dan meminta-minta.

Alhamdulillah ramai masyarakat yang turun solat di Paroi Jaya termasuk kaum wanita. Ini menunjukkan kesedaran Islam semakin baik. Cuma Baba rasa jika terus ditanam kesedaran bahawa Solat Raya ini perlu dihadiri oleh semua orang, termasuk wanita-wanita yang haid dan kanak-kanak, lebih ramai akan hadir dan akan melimpah ke seluruh halaman Masjid. Ini adalah kerana Taman Paroi Jaya adalah salah sebuah taman yang terbesar di Seremban. InsyaAllah, Baba akan gunakan sebaik kesempatah Hadith Thulathak (Kuliah Selasa) Baba di Masjid berkenaan nanti untuk menyemai kefahaman dan kesedaran tersebut.

1 Syawal 2011M/1432H di Masjid Paroi Jaya, Seremban. Disini tempat Hadith Thulathak (Kuliah Selasa) saya setiap minggu.

Jemaah solat Hari Raya lelaki di dalam Dewan Solat Utama, Masjid Paroi Jaya.

Jemaah di luar Dewan Utama.

Jemaah di halaman Masjid Paroi Jaya (kawasan tambahan).

Jemaah wanita di dewan solat utama wanita Masjid Paroi Jaya.

Jemaah wanita di luar dewan utama solat.

Jemaah wanita melimpah hingga ke serambi masjid.

Selepas Solat Raya, tanpa berlengah masa, Baba, Mama dan anak-anak terus berkejar balik ke rumah untuk buat persiapa Raya terutama rumah Atok Uwan kerana pastinya adik beradik Baba akan datang beraya ke sana, seperti yang berlaku setiap tahun. Baba sentiasa berdoa dan berharap agar adik beradik Baba bersama keluarga masing-masing sentiasa dapat berkumpul dan menguatkan Silaturrahim sesama kami tidak lain tidak bukan supaya kami dapat melaksanakan perintah Allah swt supaya manjaga hubungan Silaturrahim ini, kedua supaya dengan kami berkumpul bersama-sama beramai-ramai, dapat menggembirakan hati Atok dan Uwan dan yang ketiga supaya dapat kiranya semasa bertemu itu sedikit sebanyak Dakwah Islam akan sampai kepada mereka, jika tidak melalui tazkirah dan nasihat (yang agak sukar dikesempatan sebegitu), maka melalui pergaulan dan contoh teladan yang kita sekeluarga tunjukkan.

Sebaik tiba di rumah selepas Solat Raya, semua berkumpul untuk menikmati saparan bersama. Kelihatan Abah dan Mak turut serta bersama. Syukur alhamdulillah. MOga Allah swt kurniakan kesihatan dan ketaqwaan yang berpanjangan.

Suasana di pagi Raya di rumah Atok dan uwan di Pulai Impian.

Syukur alhamdulillah, semua adik beradik Baba dapat hadir berkunjung ke rumah Atok Uwan yang lebih syukur lagi kami semua berkumpul dalam masa yang sama semuanya. Ini taufiq dari Allah swt. Dengan ini semua yang Baba harapkan diatas dapat dilaksanakan, alhamdulillah. Tambahan dari itu, sessi foto dapat dijalankan dengan jayanya. Moga Allah swt menambah keberkatan dari usaha-usaha kita yang ikhlas.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: