Rehlah keluarga ke Brisbane, Australia

Kami mendarat di bumi Australia di Gold Coast Airport, Coolongatta pada 29 Jun 2011.

Pada 28 Jun 2011 lalu, Baba, Mama, Fatimah bersama keluarga Baba berlepas ke Brisbane, Australia dalam program rehlah kedua. Rehlah pertama dulu ialah ke Kerinchi, Sumatera, Indonesia.

Kereta sewa Melayu AUD20 sehari. Asalnya AUD30 sehari tapi disebabkan pintu belakangnya susah nak buka, kadar sewanya dikurangkan sebanyak AUD10 sehari. Bangunan tu ialah bangunan unit kami tinggal di tingkat 01. Ia beralamat 164 Macquarie Street, St Lucia, Brisbane. Uwan gigih dalam mengikut lawatan-lawatan walaupun susah nak berjalan.

Diantara objektif rehlah ini ialah :

Di balkoni, betul-betul menghadap Sungai Brisbane yang cantik dan bersejarah, membelah bandaraya Brisbane di tengah-tengahnya.

  1. Untuk merapatkan hubungan sekeluarga dengan lebih erat lagi. Alhamdulillah semua kakak dan abang Baba sanggup berpisah beberapa hari dari keluarga masing-masing untuk terlibat bersama dalam rehlah ini. Baba mengkagumi pengorbanan mereka.
  2. Untuk memperlihatkan kepada keluarga Baba tempat Baba pernah tinggal dan belajar selama 5 tahun, iaitu di Brisbane. Ini akan memberi gambaran lebih dekat dan hidup mengenai riwayat hidup Baba yang mereka memang telah kenali di Malaysia.
  3. Untuk memberi peluang kepada Mak Bun, Mak Ngah dan Mak Cik yang tidak pernah keluar negara untuk ke luar negara, di mana sebahagian dari adik beradik mereka telah mengecapinya.
  4. Untuk membalas jasa Mak Bun, Mak Ngah dan kaka-kakak dan abang lain yang suatu masa dahulu menolong Uwan (emak Baba) dalam membesarkan Baba dan adik-adik mereka yang lebih kecil. Bukan sahaja mereka memasak makan minum, akan tetapi membelikan hadiah, basikal, pakaian dan lain-lain untuk kami semasa kecil. Jasa mereka ini tidak mampu Baba balas walau sebanyak mana harta yang Baba belanjakan. Allah sahaja yang membalas jasa-jasa mereka.

Ini antara detik bersejarah yang menggembirakan Baba iaitu apabila dapat membawa Atok dan Uwan ke Fakulti Kejuruteraan, University of Queensland (di belakang), bangunan tempat Baba belajar dulu, hasil jerih payah Atok mencari nafkah bekerja di luar rumah setiap hari dan kesabaran dan ketekunan Uwan memasak dan menjaga Baba dan adik beradik di rumah. Moga lawatan ini dapat menyejukkan hati mereka dan menjadikan mereka redha kepada Baba, Mama dan anak-anak.

Kami itba di Gold Coast pada jam 7.30 am, disambut oleh 2 orang Malaysia dengan 2 kereta sewa Melayu, cukup untuk semua peserta.

Di University of Queensland, di dalam The Great Court, medan di tengah-tengah bangunan berdinding jenis sandstone yang cantik berwarna cokelat. berbeza dengan banyak universiti-universiti terulung dan terkenal di Australia seperti University of Sydney, University of Melbourne, Monash University dll yang merupakan seperti bangunan-banunan pejabat dan komersial terletak di tengah-tengah bandaraya, Univeristy of Queensland terletak di kampus khusus, jauh dari pusat bandaraya Brisbane, dan mempunyai landskap dan bangunan-bangunan universiti yang tercantik di Australia.

Kami tiba di rumah yang akan kami tumpang di 164, Macquarie Street, St. Lucia, Brisbane pada jam 10 pagi. Ia rumah Nafisah dan 2 orang kawannya yang lain yang bermurah hati memberi kami tumpang di rumah mereka. Mereka semua telah bercuti dan sedang berada di Melbourne untuk menyertai Winter Gathering 2011.

Berfoto di pintu masuk universiti Mama iaitu the Queensland University of Technology (dulu Queensland Institute of Technology). Ia terletak di antara pusat bandaraya Brisbane yang sibuk dan Taman Botanical Brisbane yang hijau dan tenang.

Berfoto di Kelvin Grove State School, Brisbane, sekolah tempat Baba (1983) dan Mama (11984) belajar semasa tahun Matrikulasi. Di belakang ialah kelas kami.

Pemandangan kelas Baba dan Mama yang lebih jelas iaitu di belakang tong sampah tu di tingkat atas (ada dua tingkap tu). Di kelas itu juga pada tahun 1984, Baba dan ikhwah (yang telah masuk universiti) mengajar Mama dan kawan-kawannya (Matrikulasi) tuition setiap pagi Sabtu. Baba mengajar subjek Matematik. Di kelas itu jugalah Baba mengajar kelas Mama dan kawan-kawan sekelasnya buat kali pertama.

Hari pertama dan kedua nampaknya semua dalam keletihan. Baba hanya membawa beberapa orang untuk keluar bersiar-siar melawat tempat-tempat bersejarah kepada Baba seperti University of Queensland, rumah-rumah Baba di Taringa, St Lucia dan lain-lain tempat.

Hari ketiga dan keempat, kami mula bergerak bersama-sama dengan satu kereta yang dipandu oleh Baba, dan satu MPV yang dipandu oleh Pak Mat.

Sedang bernikmati kuih dan minuman ketika berkelah di Gold Coast, Queensland, pantai yang paling terkenal di Australia.

Di Gold Coast, Queensland, 80 km dari Brisbane City.

Wah ! Untungnya Fatimah dapat duduk dan berfoto dengan Uwan di Gold Coast !

Peluang bermukhayyam bersama keluarga ketika dewasa dan masing-masing telah berkeluarga, suasana seperti zaman kanak-kanak dulu bersama emak dan ayah.

Kami menerima undangan ke picnic di Guyatt Park, St. Lucia, yang terletak bersebelahan dengan Brisbane River. Makan BBQ kepak ayam, nasi ayam dan lain-lain. Terima kasih kepada Jamal, Nazri, dan kekawannya kerana terlalu banyak menolong termasuk menyewakan kereta mereka untuk kegunaan kami sepanjang 5 hari di Brisbane.

Semasa rehlah BBQ.

Di puncak bukit Mount Cootha, bukit tertinggi di Brisbane. Di belakang ialah pemandangan bandaraya Brisbane.

Berfoto di rumah bujang Baba semasa di tahun 1 dan 2 universiti. Di sini Baba tinggal bersama Kamaruzzaman Nordin, Nazaruddin Abu Bakar (ayah Munzir HIRA’), Zulkarnain Mohd Ghazali, Jehan.

Baba.

Advertisements

2 Respons

  1. salam ustaz halim..salam perkenalan..sy syafinaz pelajar tahun 4 jurusan chemical bioprocess engineering dari utm skudai…saya dan kawan2 akan mengadakan educational and culture trip in gold coast and brisbane..saya google pasal pengalaman di brisbane dan terjumpa wordpress ustaz.maaf kalu perkenalkan diri dengan cara ini…

    sy dah baca blog ni dan saya dapati ustaz halim ada pengalaman belajar di brisbane..kami ada masalah untuk mencari accommodation yg murah dan transportation..lecturer cadangkan supaya cari homestay dan kereta sewa tapi bila search kat internet,saya xjmpa yang sesuai..kami seramai 18 org akan pergi trip ni pada 29jan-4 feb 2012.kalau boleh saya nk mintak pendapat dari org yg berpengalaman menetap di sana la…harap ustaz halim boleh bantu sy dan kawan2….sekian…

    wasalam

  2. salam ustaz halim..salam perkenalan..sy syafinaz dari utm skudai…saya dan kawan2 akan mengadakan educational and culture trip in gold coast and brisbane..saya google pasal pengalaman di brisbane dan terjumpa wordpress ustaz.maaf kalu perkenalkan diri dengan cara ini…

    sy dah baca blog ni dan saya dapati ustaz halim ada pengalaman belajar di brisbane..kami ada masalah untuk mencari accommodation yg murah dan transportation..lecturer cadangkan supaya cari homestay dan kereta sewa tapi bila search kat internet,saya xjmpa yang sesuai..kami seramai 18 org akan pergi trip ni pada 29jan-4 feb 2012.kalau boleh saya nk mintak pendapat dari org yg berpengalaman menetap di sana la…harap ustaz halim boleh bantu sy dan kawan2….sekian…

    wasalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: