Atam dapat tandatangan Dr. Jum’ah Amin, Naib Mursyid IM

Atam mencatat sejarah buat dirinya, ikhwah disekelilingnya dan keluarga apabila dia berjaya mendapat tandatangan Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Dr. Jum’ah Amin semasa kunjungan beliau ke Sek Men Islam Hira’, Jeram, Selangor, tempat Atam belajar di Tingkatan 5 sekarang.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Anak yang mahal (dikasihi), Ahmad Jihad. Demi Allah, sangatlah menggembirakan aku apabila aku menandatangani di atas buku aku yang telah berlalu penulisannya lebih dari 40 tahun yang lalu dan tiba-tiba di saat ini aku dikejutkan dengan kewujudan terjemahannya ke dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah suatu perkara yang patut aku mensyukuri Allah. Adapun anda wahai Ahmad, aku memohon kepada Allah agar isi kandung buku ini memberi menfaat kepada mu, bahkan anda berusaha untuk menyebarkannya (kepada orang lain). Allahlah Yang Memberi Taufiq. Ayahmu, Jum’ah Amin Abdul Aziz. 13.7.2011M”.

Ketika Dr Jum’ah Amin di atas pentas untuk memulakan ucapan, Atam dengan penuh keikhlasan dan azam yang tinggi naik sendiri ke atas pentas, mengambil peluang tersebut dengan membawa buku terjemahan “Fiqh Dakwah” karangan dr Jum’ah Amin sendiri, untuk ditandatangani oleh beliau. Ada pihak yang cuba menghalang, akan tetapi disebabkan buku tersebut telah sampai ditangan Dr Jum’ah dan beliau terlalu gembira mendapati bukunya sebenarnya telah diterjemah di rantau ini, menyebabkan beliau terus khusyuk memberi tumpuan menulis meletakkan tandatangannya disamping tidak lupa mencoret beberapa kata-kata ukhuwwah dan semangat Dakwah untuk Atam di lembaran pertama buku tersebut.

Buku “At-Taghyir ala Manhaj An-Nubuwwah” karangan Dr Jum’ah Amin selalu ditatapi oleh Baba, seringkali dibawa ke Tanah Suci untuk dibaca ketika kelapangan, untuk memahami bagaimana Rasulullah saw dan Ikhwan Muslimin memahami cara dan langkah dalam merubah masyarakat dan negara sehingga mencapai Khilafah Islam dan Ustaziatul Alam. Ia buku yang sangat berfaedah, khususnya kepada pimpinan dan pembuat-pembuat polisi bagi sesebuah gerakan Islam.

Selepas itu Atam turun ke bawah pentas dengan hati yang puas dan gembira kerana misi beliau telah tercapai (mission accomplished).

Semoga Allah swt mengurniakan kepada Atam dan adik beradik kita yang lain keikhlasan, keazaman dan keberanian seperti itu di dalam amal-amal Dakwah yang lain. Ameen.

Baba

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: